Peace Lab for Religious Leaders & Thinkers (PLRT)

Bengkel Dalam Talian
(Mei 2024)

Bengkel selama sebulan ini adalah bersamaan dengan sekurang-kurangnya 20 jam kredit yang diperuntukkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta. Tumpuan awal adalah pada pembinaan pengetahuan melalui kuliah dan perbincangan interaktif, bertujuan untuk memperkenalkan peserta dengan rangka kerja Kebebasan Beragama dan Kepercayaan (FoRB) dan isu berkaitan seperti radikalisasi dan ucapan kebencian. Latihan berkumpulan akan menggalakkan peserta untuk menggunakan pengetahuan mereka dan memupuk interaksi yang lebih erat dengan kenalan mereka.

Tumpuan kedua adalah pembentukan kemahiran, melengkapkan peserta dengan alat dan kemahiran advokasi untuk memperjuangkan FoRB dan menentang sikap tidak toleransi. Alat-alat advokasi utama termasuk penciptaan kandungan media sosial dan kempen video, dengan TikTok sebagai platform utama untuk advokasi dan bercerita. Kemahiran advokasi yang penting merangkumi pengurusan projek, pemantauan dan penilaian, serta kesedaran undang-undang dan keselamatan, yang mana penting bagi mengurus projek dengan berkesan serta meningkatkan keupayaan yang boleh dipasarkan di luar PLRT.

Pelaksanaan & Pelaporan Projek
(Jun 2024)

Peserta mesti menghasilkan sekurang-kurangnya tiga video TikTok berimpak yang mempamerkan naratif positif tentang kepelbagaian dan keterangkuman atau naratif menentang sikap tidak toleransi. Untuk menyokong kos pelaksanaan, kira-kira 20 buah geran permulaan sebanyak RM 500 bagi setiap satu akan dianugerahkan kepada setiap peserta untuk projek mereka. Sokongan teknikal dan bimbingan akan disediakan oleh organisasi dan jurulatih yang terlibat. Para peserta kemudiannya akan melaporkan dan membentangkann kejayaan projek mereka di sidang kemuncak.

Persidangan Secara Bersemuka
(27 & 28 Julai 2024)

Bagi menutup PLRT, INITIATE.MY akan menganjurkan sebuah persidangan secara bersemuka selama dua hari di Kuala Lumpur untuk menghubungkan para peserta dengan orang awam yang tergolong daripada pemimpin agama dan masyarakat, media dan NGO. Pada hari pertama, para peserta akan membentangkan hasil dan cabaran projek mereka, bertukar idea dan penyelesaian, serta menerima pakai amalan terbaik untuk perlindungan kepada FoRB dan toleransi di Malaysia. Para peserta akan mengemukakan cadangan-cadangan dalam mengenalpasti dan menyelesaikan isu berkaitan FoRB yang  mana cadangan-cadangan tersebut akan digunakan untuk membantu perbincangan sesama peserta dan penganjur dalam sesi tersebut. Di samping itu, para peserta juga akan diberikan sebuah taklimat selepas persidangan ini sekiranya mereka masih berminat untuk meneruskan kerja-kerja advokasi mereka selepas tamatnya program ini, mereka bebas mendapatkan tunjuk ajar pada hari tersebut .


Pada hari kedua, untuk separuh masa pertama, para peserta akan mempamerkan projek mereka kepada khalayak umum di mana para peserta dapat berhubung dengan individu-individu daripada pelbagai kepakaran dan latar belakang manakala, orang ramai akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai pendekatan dalam mempromosikan keamanan dan toleransi yang diambil oleh para peserta.
Bagi separuh masa kedua pula, sebuah forum awam bertajuk “Belia Sebagai Ejen Keamanan atau Sebaliknya?” oleh barisan penceramah terkemuka. Forum ini merupakan peluang yang jarang diperoleh bagi  para peserta dan orang ramai untuk lebih memahami perspektif berlainan barisan penceramah tersebut mengenai keterlibatan belia dalam mempromosi keamanan dan toleransi di negara ini. Pada penutupan sidang kemuncak pula, sijil akan diberikan kepada para peserta sebagai pengiktirafan penyertaan dan pengijazahan mereka daripada PLRT.