Author: INITIATE.MY

Perkasakan Peranan Pertubuhan Masyarakat Sivil dalam Pelan Tindakan Pencegahan Keganasan
Post

Perkasakan Peranan Pertubuhan Masyarakat Sivil dalam Pelan Tindakan Pencegahan Keganasan

Walaupun Unit Khas Anti-keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan tanggungjawab yang cekap dalam menggagalkan siri cubaan dan serangan pengganas, penggubalan Pelan Tindakan ini perlu mengambil langkah proaktif dalam membendung penyebaran ideologi ekstrem dan tidak bertoleransi oleh gerakan atau individu tertentu di ruang awam mahupun melalui platform maya. Dalam hal ini, ia tidak terhad kepada pejuang kumpulan pengganas seperti Daesh dan al-Qaeda sahaja, malah simpatisan dan pengikut gerakan ekstrem turut menyumbang kepada ancaman keselamatan negara dan kesepaduan masyarakat majmuk kini. Jadi, ancaman yang meluas ini memerlukan penglibatan masyarakat sivil untuk turut serta memainkan peranannya. Pelan Tindakan ini adalah sebuah batu loncatan untuk memperkasa peranan CSO melalui penglibatan dan kerjasama bersama badan dan agensi kerajaan, selaku rakan strategik kepada kerajaan.

Kecanduan Fahaman, Kerosakan Perpaduan: Kajian di Malaysia
Post

Kecanduan Fahaman, Kerosakan Perpaduan: Kajian di Malaysia

Walaupun keganasan agama bukanlah satu fenomena khusus bagi mana-mana satu kumpulan agama, ia masih berpotensi terjadi dalam mana-mana kumpulan agama. Maka, adakah masih berlakunya serangan kebencian terhadap kaum dan agama di Malaysia ketika memasuki abad ke-21? Banyak kes yang telah dilaporkan oleh portal media tempatan dan luar negara menunjukkan bahawa perkara ini masih berlaku.

Skip to content