“Peluang Kedua”

Program pengintegrasian semula bekas tahanan keselamatan atau “Former Security Detainees (FSDs)” bertujuan membantu #FSDs dan keluarga mereka selepas mereka menjalani penahanan untuk bina semula kehidupan normal bersama masyarakat awam yang mencakupi aspek ekonomi, pendidikan dan kesihatan mental. Program pengintegrasian yang baik dapat mencegah risiko radikalisasi dan pengulangan aktiviti jenayah berkaitan terorisme. #NAPPCVE yang sedang dibangunkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu ambil kira perkara ini.

Ikuti video pendek oleh INITIATE.MY bersama Encik Mohd Zulkifli Shafie, Encik Yazid Sufaat dan juga Puan Chomel Mohamed mengenai isu-isu berkaitan cabaran pengintegrasian semula bekas tahanan keselamatan di Malaysia. Video ini telah dihasilkan di bawah bimbingan Hisham Muhaimi, Penyelaras Projek di INITIATE.MY, dengan kerjasama ahli pasukan kreatif, Pera Perasath dan Nuraini Rudi. Projek ini dihasilkan dengan kerjasama Asian Muslim Action Network (AMAN) Indonesia.

Nota:

Encik Mohd Zulkifli Shafie merupakan seorang Pembekal Emas Sah Public Gold dan Akauntan Bertauliah (CA) yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Beliau aktif menyampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016. Pada tahun 2018, Mohd Zulkifli ditahan dan dipenjarakan pada 30 Oktober 2018 di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, atas tuduhan menyalurkan dana untuk tujuan keganasan sebanyak RM 200.00 kepada rakannya di Syria.

Encik Yazid Sufaat merupakan seorang ahli patologi yang menuntut ilmu dalam bidang mikrobiologi di California State University, Sacramento, Amerika Syarikat. Beliau pernah menjadi kapten dalam Angkatan Tentera Malaysia dan kemudian berhenti untuk menjadi usahawan perniagaan. Yazid pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan juga Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Puan Chomel Mohamed @ Sejahratul Dursina, merupakan seorang usahawan restoran berjaya bersama suaminya, Yazid Sufaat. Beliau merupakan wanita pertama yang ditahan atas dakwaan aktiviti militan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

__________________________

Reintegration programme for Former Security Detainees (FSDs) aims to assist #FSDs and their family members after their rehabilitation in rebuilding a normal life within their own communities. This encompasses economic, educational, and mental health aspects. A well-executed reintegration program can prevent the risks of radicalisation and the recurrence of terrorism-related criminal activities. The ongoing development of the National Action Plan for Preventing and Countering Violent Extremism (NAPPCVE) by the Ministry of Home Affairs (KDN) needs to take this into account.

Follow a short video produced by INITIATE.MY featuring Mr. Mohd Zulkifli Shafie, Mr. Yazid Sufaat, and Mrs. Chomel Mohamed in discussing issues related to the challenges of reintegrating FSDs in Malaysia. This video was crafted under the guidance of Hisham Muhaimi, Project Coordinator at INITIATE.MY, in collaboration with creative team members, Pera Perasath and Nuraini Rudi. This project was produced in partnership with the Asian Muslim Action Network (AMAN) Indonesia.

Note:

Mr. Mohd Zulkifli Shafie is a Certified Gold Dealer by Public Gold and a Chartered Accountant (CA) recognised by the Malaysian Institute of Accountants (MIA). He has been actively conducting seminars on gold and finance since 2016. In 2018, Mohd Zulkifli was detained and imprisoned on October 30, 2018, under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), on charges of channelling funds amounting to RM 200,000 for terrorist purposes to a friend in Syria.

Mr. Yazid Sufaat is a pathologist who studied microbiology at California State University, Sacramento, USA. He was a former captain in the Malaysian Armed Forces and later resigned to become a business entrepreneur. Yazid was previously detained under the Internal Security Act (ISA) 1960, the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), and the Prevention of Terrorism Act (POTA) 2015.

Mrs. Chomel Mohamed @ Sejahratul Dursina, is a proud restaurant owner alongside her husband, Yazid Sufaat. She was the first woman detained for alleged militant activities under the Internal Security Act (ISA) 1960.