Mohon sekarang sebagai peserta Peace Lab for Youth (PLY)!

INITIATE.MY sedang mencari belia daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai PLY. PLY ialah satu initisatif selama sebulan yang melibatkan belia daripada latar belakang yang pelbagai, serta para pembentang daripada agensi kerajaan, organisasi masyarakat sivil, ahli akademik dan syarikat perniagaan.

Apa kelebihannya untuk anda?

PLY akan mendedahkan anda dengan ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat dan kemahiran yang boleh dipasarkan. Kurikulum PLY meliputi topik yang luas seperti Kebebasan Beragama dan Kepercayaan, Proses Radikalisasi, Bahan dan Kemahiran Advokasi serta Perancangan dan Perlaksanaan Projek.

Sertai belia lain dalam menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik untuk semua!

Mohon di: https://bit.ly/peacelabforyouth

Tarikh tutup permohonan pada 30 September 2021 pada jam 12 tengah malam.